Wednesday, March 19, 2008

TIRAI SUNNAH

تدوين السنة في العصر العباسيين ...
هو:
عمر بن عبد العزيز
(681 ـ 720 م)
كما عرفنا إن السنة لم تجمع في العصر الرسول الله صلى الله عليه وسلم والصحابة والتابعين ولكن تدوين السنه عند العصر العباسين. من تدوين السنة؟؟؟التدوين السنة هو عمر عبد العزيز.
من نسبته هو إسم الكامل عمر بن عبد العزيز بن مروان بن الحكم بن أبي العاص بن أمية (717م -720م) سابع الخلفاء الأمويين، ء ولد عمر بن عبد العزيز في حلوان بمصر، وقيل في المدينة. أبواه عبد العزيز بن مروان بن الحكم وأمه أم عاصم بنت عاصم بن عمر بن الخطاب.
حفظ القرآن في صغره وتفقَّهَ في الدين في المدينة المنورة. حين توفي والده استدعاه عبد الملك بن مروان إلى دمشق فأقام عنده وزوّجه من ابنته فاطمة.
تولّى ولاية المدينة ثم عزل، ثم استوزره سليمان. وبعهد من سليمان تولّى الخلافة سنة 99 هجرية، وبويع له في مسجد دمشق.
كان عمر بن عبد العزيز عادلاً حتى إن الناس سموا هذا الخليفة العادل "الخليفة الراشدي الخامس" وذلك من كثرة عدله وحب الناس له ولأسس حكمه. كما أنه عرف بتقشفه، وباتّباعه سياسة التسامح حتى مع أعدائه وأعداء بني أمية.
هذا فقط معلومات عنه... والله اعلم.. ِ

Monday, March 17, 2008

Kembara Islam...

IQRA’!!!

HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.W


Hijrah dalam sejarah Islam merupakan suatu momentum historis yang sangat penting dalam penyebaran Islam. Peristiwa hijrah merupakan titik tolak yang membuatkan Islam tidak lagi dihalangi dalam perkembangannya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. berlaku pada hari Isnin, 20 September 622 masihi iaitu dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis barat mengganggap tindakan ini adalah untuk melarikan diri. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraish Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri. Sewaktu hijrah Nabi Muhammad s.a.w banyak dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh Nabi s.a.w tetapi dengan pertolongan Allah s.wt. Nabi Muhammad s.aw berjaya sampai ke Madinah.
Antara pertolongan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam menegakkan islam ialah Nabi Muhammad s.a.w dapat keluar rumah dalam keadaan selamat setelah membaca sepotong ayat dari surah Yaasin dan kemudiannya menabur pasir ke arah musuh yang sedang mengepung rumah baginda sehingga mereka menjadi mengantuk serta tidak sedar tentang nabi yang berjaya membolosi kepungan ketat mereka. Bantuan Allah dalam bentuk mengantuk ini walau pun pada zahir nampak lemahnya mengantuk tetapi seseorang itu walau bagaimana pun kuat dan gagahnya tetapi mampu dikalahkan oleh mengantuk.
Hijrah nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah setelah mendapat keizinan daripada Allah Nabi Muhammad s.a.w berjaya mengubah keadaan penyebaran Islam dan pelaksanaan sistemnya yang sebelum ini banyak berkisar tentang aqidah, ibadat khusus serta akhlak kepada pelaksanaan sistem Islam yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Nabi Muhammad s.a.w. juga berjaya merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.
“ HIJRAH NABI MUHAMMAD S.AW MERUPAKAN SATU PERMULAAN PENYEBARAN ISLAM KEPADA UMAT ISLAM”
Adakah anda setuju dengan petikan diatas???? BERIKAN KOMEN ANDA!!!!! TQ